Wednesday, July 27, 2011

Gagalkah Projek ternakan kambing di Malaysia.

Tahun 2004 hingga 2008 ternakan kambing cukup popular. Kandang dibina merata-rata tempat di seluruh negara. Ada yang dapat bantuan kerajaan ada yang tidak. Ada yang mulakan projek secara besar-besaran ada yang secara kecil-kecilan. Usaha ternakan yang cukup popular dan ditambah dengan sikap orang kita yang cukup suka meniru. Mungkin sekarang musim ternakan kambing dah berlalu. Mungkin tidak menguntungkan atau mungkin juga kambing tak mahu hidup. Malap dan merana. Kandang-kandang mula ditutup. Kandang-kandang ditinggalkan kosong sebagaimana kosongnya projek tanaman secara fertigasi. Soalnya kenapa kita gagal. Projek ternakan kambing gagal, projek tanaman secara fertigasi gagal dan yang bakal kecundang sekali lagi agaknya projek ternak burung walet.

Memang kerajaan membantu tetapi sekerat jalan sahaja. Pelancaran cukup gah. Masing-masing negeri mengistiharkan negeri berkenaan akan jadi pembekal daging kambing terbesar negara. Terengganu misalnya meletakkan target tahun 2012 akan capai target berkenaan. Cuba buat bancian sekarang nih berapa kandang masih beroperasi, berapa kandang yang sudah lingkupp, dan cuba bilang masih ada berapa ekor kambing di Terengganu sekarang la ning.

Ahli-ahli akademik dari fakulti yang berkaitan dengan veterinar patut buat kajian kenapa projek yang menggunakan dana kerajaan yang sebegini besar boleh gagal. Dimana kelemahannya. Bagaimana cara nak bantu penternak yang kerugian beribu-ribu ringgit ni.
Ada antara kekawan yang buat loan untuk ternak kambing sedang menunggu untuk diistihar muflis kerna tak dapat bayar loan. Kesian, nak cari rezeki halal tapi muflis yang dapat.

1 comment:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth,

    Tepat sekali. Memang berisiko tinggi bela kambing ni. Tambahan polisi kambing import yang longgar daripada Malaysia. Memang membubuh garam pada luka. Kalau macam ni, andai jadi perang di Malaysia semua kebuluran kecuali yang berada

    ReplyDelete